
Sulit
3 tahun
Saya dah period 19hari masih tak habis
hai doktor, saya remaja perempuan berumur 17 tahun. saya sepatutnya period pada akhir bulan mei tetapi period saya lambat seminggu jadi saya mula period pada awal jun dan masih belum habis… pada hari pertama hingga ke 4 period saya tak klua sgt hanya ada coklat² je… tapi hari ke 5 hingga 12 dah klua macam biasa lpstu dia dah jadi coklat² semula tapi masih tak habis sehingga hari ke 18 darah saya klua seperti darah period biasa sampai hari ni dah hari ke 19…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepad apakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan