
sharmilabalqis
4 tahun
Saya dah search google penyakit saya , ptsd , betul ke doktor?
Hi saya perempuan umur 17 tahun , so dulu saya pernah kena buli dan body shaming setiap hari di sekolah lama , pernah kene pukul , hari ii diorang ckp muka saya hodoh , buruk , kulit gelap , dan time tu saya memang takut gile nak sekolah , hari ii fikir nak bunuh diri , hari ii menangis , and tk lama saya pindah sekolah baru , saya rasa lega buat sebentar tapi saya masih rasa terkesan dengan kejadian tersebut , saya rasa orang ii memerhati saya , mereka mengumpat saya , berkata saya hodoh , saya jadi kurang selesa kalau ada lelaki cuba bercakap dengan saya , cara diorang memerhati saya , kadang ii saya mendengar kawan saya bergurau soal muka saya yang hodoh , saya rasa macam nak bunuh diri je time tu , memang setiap malam saya terfikir kenapa saya kena camni , macamana saya kena buli dulu , and mnde tu buat saya jadi trauma , takut tanpa sebab , saya menangis setiap malam , tngn saya shaking but still mende tu x lama lepas kwn saya tenangkan saya time call , but semalam time sekolah , waktu rehat , tangan saya tiba ii shaking , saya tk tahu kenapa , rasa berdebar takut cemas , and time tu cg pun masuk , still tngn saya tak berhenti shaking , saya jadi takut , mende yang saya kene buli tu smua datang , perasaan takut time saya kene buli tu , buat nafas saya tak keruan , saya jadi gelabah , saya pun bagi isyarat tangan kat kawan saya nak pergi ke tandas , time tu memang shaking tak boleh nak control , saya dah berapa kali pukul tangan saya supaya berhenti tapi still tak boleh , otak saya time tu fikir nak bunuh diri je , mnde yang diorang pernah buat kat saya dulu , saya terus pergi ke tandas , and tht time memang nafas saya tk boleh nak control , saya rasa nak muntah , pening , rase nak mati , air mate saya banyak kluar smpai mata bengkak ii , tangan saya x berhenti shaking , saya jadi takut , takut mende ni jadi lagi kat sekolah , saya dah cuba habis baik nak control mnde ni dari dtg time saya tngh belajar , plis doktor tolong saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Secara umum, masalah kegusaran yang anda alami mungkin berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih