
Sulit
5 tahun
Saya demam sudah baik tapi demam semula
Saya dah demam 4 hari ambil ubat dah mcm ok tp rasa sakit badan ada lagi kemudian saya demam demula doktor bagi ubat demam dan antbiotik lagi. Kadang2 perasaan risau menyebabkan dada rasa sukar nak bernafas. Perlukah saya ambil saringan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, masalah demam dan sukar bernafas yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- demam denggi
- jangkitan virus
- influenza
- keradangan
- Tibi
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Masalah keresahan anxiety
Berdasarkan simptom demam dan sukar bernafas anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini