
Sulit
4 tahun
Saya hamil 12 minggu ..dan ada keluar cairan berwarna coklat. adakah bahaya?
saya berumur 25 tahun. hamil.anak pertama. dan saya tidaka da pengalaman hamil sebelum ini. semalam selepas pukul 8 ada keluar cairan coklat. adakah normal.untuk wanita hamil 12 minggu keluar cairan seperti itu ? boleh saya dapatkan penjelasan ? adakah sy perlu ke klinik ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memandangkan anda hamil, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) yang terjadi dalam bentuk spotting / cairan coklat sedikit boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, sekiranya perdarahan yang lebih banyak serta disertai daging terjadi pada usia kehamilan awal, ia mungkin adalah akibat masalah yang lebih serius seperti:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sekiranya perdarahan menjadi banyak, sebaiknya anda merujuk ke doktor kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.