
husnayatim20
5 tahun
Saya hamil 5 week . tadi selepas kencing ada keluar ketul darah kecik
keluar ketul darah kecik selepas kencing…pinggang sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan kecil serta sakit pinggang yang dialami anda ketika awal kehamilan boleh disebabkan:
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Keguguran
- Pendarahan fibroid/polip
- Masalah pembekuan darah
- Jangkitan saluran kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.