
Sulit
3 tahun
Saya hamil diusia 46thn
Sering kali bimbang adakah saya berisiko tinggi…utk prngetahuan Dr…kehamilan ini tdk dirancang😰

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan anda kami memahami apa yang anda alami. Untuk makluman anda, selagi anda masih belum putus haid atau menopause, selagi itulah anda bepeluang untuk mendapatkan zuriat atau hamil. Namun begitu, kesan mengandung pada lewat usia kepada anda adalah berisiko tinggi menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, pre-eclampsia (darah tinggi dan sawan semasa mengandung) dan uri rendah (placenta previa).
Anda juga berisiko tinggi mendapat komplikasi semasa proses kelahiran dan selepas bersalin seperti jangkitan kuman pada air ketuban, jangkitan kuman selepas bersalin, pendarahan yang banyak selepas bersalin, penyakit anemia dan kebarangkalian untuk bersalin secara pembedahan (ceasarean section) yang lebih tinggi.
Risiko terhadap bayi pula adalah pertumbuhan terbantut, bayi tidak normal seperti Down Syndrome, Edwards Syndrome, Patau Syndrome, keguguran, kandungan kembar (multiple pregnancy), kandungan meninggal dalam rahim (stillbirth), baby dilahirkan pra-matang atau berat badan lebih ringan daripada sepatutnya dan bayi lemas dalam rahim.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.