
Sulit
3 tahun
Saya Hamil kandungan saya 4week
17/8/2019 berat baby 3.56kg,selama tempoh saya mengandung saya menghidap diabetis,sembelit teruk hingga saya mengalami buasir sehingga kini bila saya buang najis ia menggeluarkan gumpalan daging ia membuat saya trauma soalan saya…
1.adakah berlaku lagi sembelit teruk ketika bayi dalam kandungan saya bertambah usia?
2.saya ada minum ubat melancarkan haid(ESCAPELLE)tapi saya tidak ada mengalami pendarahan, apakah risiko kepada kandungan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sembelit adalah perkara yang biasa berlaku ketika hamil. Sekiranya masalah sembelit berlaku secara kerap dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pendarahan atau buasir. Sembelit kerap berlaku sewaktu hamil kerana hormon progesterone yang dihasilkan dalam badan menyebabkan usus memproseskan makanan dengan lebih perlahan. Sembelit boleh bertambah teruk apabila usia kandungan meningkat sekiranya tidak dirawat.
Bagi soalan kedua anda, ubat Escapelle adalah sejenis ubat perancang kecemasan yang boleh diambil selepas melakukan hubungan seksual tanpa pelindung. Ubat ini tidak efektif sekiranya anda telah mengandung dan ia tidak akan memberi kesan yang buruk kepada kandungan jika diambil.
Anda boleh mendapatkan nasihat doktor secara lanjut sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.