
Sulit
3 tahun
Saya ialah COVID POSITIF
Hai doctor ,saya 16/5/21 sudah buat swast test kt klinik swasta ,result keluar sah positif.orang Kkm malam 16/5 call mai suruh 17/5/21 pi klinik buat PCR test. Nk tanya result PCR mungkin x positif juga ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jangkitan COVID-19. Untuk makluman anda, ujian saringan rt-PCR / PCR adalah standar diagnostik pemeriksaan COVID-19. Jika anda telah disahkan positif berdasarkan ujian yang telah anda jalani, seperti yang anda nyatakan, berkemungkinan besar hasil ujian adalah sama. Bagaimanapun, untuk kepastian, anda disarankan untuk menunjuk bukti atau memberitahu perkara ini kepada pegawai kesihatan yang terlibat.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini