
Sulit
5 tahun
Saya ibu mengandung dan mempunyai 2 kantung dan satunya kosong,membuatkan saya risau dan apa yang perlu saya lakukan?
Saya wanita berusia 24 tahun,sedang mengandung anak yang pertama yang kini 10 minggu. Minggu lepas saya ada pergi scan dan doktor tersebut memberitahu saya mempunyai 2 kantung dan satu kosong. Apakah maksud doktor tersebut kerana dia tidak memberi sebarang penerangan kepada saya dan meminta saya datang kembali 2 minggu akan datang?Adakah ianya bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas keputusan skan anda tanpa laporan rasminya. Hal ini kerana, kami tidak mahu memberi diagnosis secara melulu kerana kemungkinan terdapat informasi yang tidak disampaikan dengan tepat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.