
salwani
5 tahun
Saya ingin bertanya berkenaan dengan penyakit thyroid
hai doktor…salam sejahtera…saya ingin bertanya berkenaan dengan penyakit thyroid…adakah penyakit ini berbahaya yang boleh membawa maut?adakah penyakit ini sejenis cancer?adakah makanan yang khusus untuk pesakit seperti susu?dan adakah pesakit boleh mengambil sebarang jamu?adakah sama penyakit goiter dan penyakit thyroid? terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyakit tiroid jarang menyebabkan kematian kecuali jika paras hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Jika paras hormon tiroid terlalu rendah, “myxedema coma” boleh berlaku.
“Myxedema coma” merupakan kes hipotiroidisme yang paling serius. Pesakit “myxedema coma” boleh hilang kesedaran, suhu badan jatuh mendadak dan mengakibatkan kematian. Jika paras hormon tiroid terlalu tinggi, “thyroid storm” boleh berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan denyutan jantung laju, demam panas, hilang kesedaran dan boleh membawa maut.
Masalah tiorid bukan sejenis kanser, tetapi kanser tiroid merupakan salah satu sebab masalah tiroid. Goiter juga bukan sejenis penyakit. Ia merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak dan boleh menyebabkan tanda-tanda hipotiroidisme (kelenjar tiroid tidak aktif), hipertiroidisme (kelenjar tiroid mengeluarkan terlalu banyak hormon tiroksin) atau eutiroid (fungsi tiroid adalah normal).
Bagi pesakit hipotiroidisme, kadar metabolisme menjadi perlahan dan menyebabkan masalah seperti berat badan naik, kolesterol tinggi dan sembelit. Mereka harus mengurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan.
Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng, makanan segera dan produk bakeri. Pengambilan makanan tinggi kolesterol juga harus dielakkan. Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal adalah tidak digalakkan.
Selain itu, kurangkan pengambilan gula dan garam, minum banyak air, dan tingkatkan pengambilan serat untuk mengatasi masalah sembelit. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bagi pesakit hipertiroidisme, metabolisme badan mereka meningkat dan menyebabkan mereka selalu lapar dan perlu makan dengan kerap. Pemakanan yang seimbang digalakkan. Mereka harus mengambil makanan yang rendah kolesterol, makanan berprotein, dan kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans.
Pengambilan makanan yang manis harus dikawal kerana pesakit hipertiroidisme mengalami masalah pencernaan gula. Mereka juga perlu meningkatkan pengambilan kalori untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.