
Sulit
4 tahun
Saya ingin bertanya kepada docter dengan lebih jelas mengenai pil postinor 2 cara pengambilan dan ada tak pantang ketika ambil pil postinor 2
Saya berusia 30 tahun.ingin bertanya tentang pil postinor 2 ada tak pantang larang ketika ambil pil itu.atau makan macam biasa je. Terima kasih atas keterangan docter.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara pantang larang penggunaan pil ini adalah:
- Tidak digunakan sewaktu hamil
- Mempunyai penyakit jantung, migrain, pendarahan vagina yang belum mendapat diagnosis, penyakit hempedu
- Berat badan berlebihan
Anda boleh amalkan pemakanan seperti biasa dengan diet yang seimbang dan elakkan makan berlebihan kerana berat badan akan mudah naik.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.