
Sulit
3 tahun
Saya ingin halim selepas btl bagaimana cara
Sudah 5tahun saya ikat peranakan
Tetapi saya ingin halim sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada prosedur BTL, tiub fallopi dikeluarkan atau dipotong dan diikat dengan benang khas, kemudian ditutup dengan band atau klip, atau kauter, atau dengan tisu parut. BTL bertujuan menghalang sperma daripada mencapai telur.
Jika anda mahu mencuba hamil lagi, cubaan untuk membalik kondisi tiub fallopian ke asal mungkin tidak berfungsi. Malah, setelah disambungkan kembali, ramai wanita masih tidak dapat hamil. Kadar kehamilan pada wanita dengan BTL dalam tempoh 10 tahun adalah 18-37 orang dari setiap 1,000 wanita. Tambahan pula, sekiranya anda merancang untuk hamil setelah BTL terdapat risiko masalah kehamilan, seperti kehamilan ektopik (kandungan luar rahim).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.