
Sulit
3 tahun
Saya ingin hamil secepatnya
Saya wanita berumur 24 tahun dan baru berkahwin pada tahun lepas. Masalah saya pada 2 minggu lepas saya buat ujian upt dan hasilnya positif selepas itu saya buat lgi still positif tapi samar samar. Saya ada bersama suami dan selepas tu saya bleeding. Saya refer ke hspital dan doktor sahkan saya hamil. Tetapi pada semalam saya try lagi upt tapi hasilnya negatif. Adakah saya hamil atau tidak doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, sekiranya anda telah disahkan hamil oleh doktor yang merawat anda, maka anda tidak perlu risau akan perkara sedemikian. Ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan. Lazimnya, sekiranya ujian yang dilakukan pernah memberikan hasil positif, maka berkemungkinan besar anda mengandung.
Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.