
Sulit
4 tahun
Saya ingin mengetahui sekiranya masalah saya berkait dengan masalah psikiatri
Saya wanita berumur 25tahun pada tahun ini, saya seorang yang ceria dan periang walaupun ada masalah saya tetap gembira, dari kecil saya hanya berkawan dengan henfon saja tiada kawan di rumah walaupun saya ad adik beradik, mereka hanya buat hal mereka saja, jadi saya hanya gembira di sekolah dan tempat kerja, tetapi sejak beberapa lalu saya menjadi seorang yang baran dan suka mengamuk sendiri saya tidak dapat mengawal diri saya dari kemarahan, walaupun kesalahan yang kecil, saya juga suka mengurung diri sendiri di dalam bilik dengan keadaan gelap dan suka buka lagu yang sedih sedih, bila ada orang ganggu saya pasti mengamuk hingga tidak sedar diri, saya juga suka berdialog dengan fikiran saya semasa dengar lagu dan hendak tidur, baru baru ini saya marah pada tunang saya hanya kerana dia bermain game dan saya terasa di abaikan lalu saya membawa diri di dalam bilik dan mengunci diri, sehingga terjadi pergaduhan antara saya dan dia, saya tidak dapat mengawal kemarahan saya sehingga saya mengoreskan tangan saya dengan cermin kaca dan telah mencederakan orang lain, saya langsung tidak perasan akan tindakan saya itu, dengan tiba tiba tunang saya terkejut dan menjerit mengatakan saya meroyan gila hanya kerna game itu saja, saya ingin bertanya pada doctor apakah masalah saya ada kaitan dengan sakit jiwa? Saya memang seorang yang pendendam dan suka simpan segala rasa sedih suka seorang diri, saya jugak ada mengalami masalah trauma pada tengah pagi hingga takut untuk tidur, saya hanya ingin kepastian dari doctor tentang masalah saya jika ad kaitan dgn sakit jiwa dan cara untuk mengatasi masalah tersebut, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Tekanan atau stres
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Terdapat masalah dengan struktur otak
- Penggunaan bahan terlarang seperti dadah rekreasi
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada doktor dan pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan diri dan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline di 0379568145.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.