Sulit
5 tahun
Saya ingin tahu adakah saya mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi
Saya belasan tahun. Dalam umur 17 dan 18 tahun. Haid saya tidak berapa teratur. Kadang ii 5 hingga 6 bulan baru haid datang. Saya juga mempunyai suara yang agak dalam dan kasar. Apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak yakin dengan diri saya apabila masalah seperti ini muncul il
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Umur: Remaja dan wanita perimenopaus sering mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur
- Berat badan: Berat badan yang berlebihan boleh mengganggu kitaran haid
- Jadual dan aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Penggunaan ubat-ubatan
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome/PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan melakukan ujian hormon testosteron untuk mengetahui sama ada hormon testosteron anda tinggi ataupun normal dan juga mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.



























