
Sulit
4 tahun
Saya keguguran berusia 5 bulan dan masih ada kantung
Saya mengalami keguguran berusia 5 bulan setelah 1 minggu terdapat lendir panjang seperti kantung…adakah bahaya kalau dibiarkan begitu sahaja ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal keguguran yang telah disampaikan. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Secara amnya, perkara yang terbaik adalah untuk doktor membuat dahulu pemeriksaan untuk mengenal pasti masalah ini. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu.
Buat sementara ini, anda dinasihatkan agar sentiasa peka dengan kondisi tubuh, sila berjumpa doktor secepatnya jika mengalami:
- pening kepala
- pitam
- perdarahan yang banyak
- mual atau muntah
- lemah atau lesu badan yang terlampau sehingga mengganggu aktiviti harian
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.