
Sulit
5 tahun
Saya keliru tentang kehamilan maaf jawapan tadi tidak dapat dibuka
saya wanita berumur 18 , saya ingin bertanya adakah boleh hamil jika dara masih tidak pecah , contohnya , adakah akan hamil jika air mani terkena pada bahagian depan vagina tetapi masih dara kerana tidak melakukan persetubuhan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Anda nyatakan bahawa anda masih dara tetapi tidak melakukan persetubuhan. Sekiranya pasangan anda melepaskan air maninya ke dalam anda, anda masih berpotensi untuk hamil.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.