
Sulit
4 tahun
Saya kemurungan..dan sedih
Assalamu’alaikum…sya lia umo 30…saya berasa sedih…dan tak tahu nak luahkan pada siapa…saya baru nak masuk 3tahun mendirikan rumah tangga…2tahun yang lalu…sya ada ternmpk…msj suami sya dengan ex gf dia…pada masa sya nmpk msj tu…sya dah pun mnjadi isteri dia…sya jadi sedih sngt…sbb dalam perbualan msj tu…suami sya ckp…family dia pksa dia kawen cepat…dalam permikiran saya…sya rasa suami kawen dgn saya hnyalah kerana terpaksa…saya jadi skit hati sangt…smpai sya minta untuk dia ceraikan sya…dan dia ada explain jgk…yg msj tu bertujuan untuk tipu bekas kekasihnya shaja…supaya tak mengharap lagi pada suami…sya tak tahu nak percaya atau tidak… suami ckp jgk…yg dia dah tak ada apa2x ngn ex gf dia…tapi kdng tu…sya terjumpa jgk…dekat ig atau fb…yg suami saya cuba search nama ex gf dia…sya tanya knpa mencari lagi…klau dah tk ada apa2x…dia cuma ckp…dia just curios sahja…saya tak tahu…apa yg suami curios sngt kat bekas kekasihnya tu…lpas pada tu…suami minta maaf…n ckp tak ulang lagi…tapi smpai skrg…hati sya slalu sahaja sakit…mengingat perkataan FAMILY PAKSA KAWEN…tiap kali gaduh…sya mesti sruh dia ceraikan saya…dia ckp dia tak nk lepaskan…sbb dia tak nak jadi dayus…dia sruh sya pergi sendiri ke pjbt agama…untuk tuntut cerai d sana…sya tak tahu…sama ada saya ni…sakit mental atau apa …sbb ada kala…sya rasa keseorangan…ada kala sya sedih sndiri…ada kala sya salahkan diri …kdng sya cuba jgk cderakan diri…sbb sya rasa tak ada siapa syang saya…saya datang dari kluarga yg bercerai berai…saya tak ada kasih syang n perhatian yg cukup dari ibu bapa…bila saya berkahwin…sya rasa suami saya dapat syg saya sepenuh hati…tapi lpas nmpk msj tu…sya jadi down…saya jadi mcm tertipu…apa patut saya buat…harini pun saya gaduh jgk ngn suami…psal kes mas kawen…saya cuma bgtahu sahaja…yg dia masih ada hutang mas kwen…sbb setahun slpas kawen…dia nak bli kreta…sya pun tak duit…cuma ada duit mas kawen tu sahaja…saya ckp guna la dulu nnti bayar balik…tapi tahun demi tahun…dia tak bayar blik…then sblm baru saya tringat smula mas kawen tu…sya cuma bgtahu saja…tapi suami dah tarik muka masam…esoknya sya tnya…dia ok ke…dia kata dia tak ok…dia kecik hati…salah sya ke…klau sya cuma bgtahu hutang yg dia tak bayar lagi dkt saya…lpas tu…sya pun jadi sedih…dan mula teringat smula yg dia ckp…family paksa kawen…trus saya jadi panas hati .dan minta dia lafazkan cerai…dia tak lafaz…dia hnya diam sahaja…then pagi tadi …dia msj…dia ckp …dia dah buat surat perletakkan jawatan kerja…n nak kluar negeri…kerja d sana…saya pun mula terfikir balik…mungkin salah saya…then sya pun mnyesal ngn apa yg saya ckp …masih ada lagi kah peluang untuk saya baikki sikap saya yg terburu buru ni? Suami susah sngt nak minta maaf…atau pun memujuk…sya kadang rasa keseorangan…sbb klau sya merajuk…mmng tak pernah pun dia nak pujuk… …tolong lah saya…bg cdangan…n kata semangat…untuk saya bantu diri saya…smpai tahap kadng2x…sya suka ckap sendiri…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Setiap rumahtangga akan mempunyai masalah dan ujian yang perlu diatasi oleh suami isteri. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk menentukan sama ada anda mengalami masalah emosi ataupun mental. Sebelum melakukan diagnosis, terdapat pelbagai soalan yang perlu diajukan, Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar sebelum diagnosis dibuat.
Antara kunci sebuah rumahtangga yang bahagia adalah komunikasi. Saya sarankan anda untuk berbincang dengan suami anda, luahkan perasaan anda dan dengarkan juga luahan hati suami anda supaya dapat memahami satu sama lain. Saya sarankan anda mencuba tips yang berikut bagi mengawal kesedihan yang anda alami:
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kaunseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Anda perlu menghubungi doktor kami melalui talian untuk berbincang mengenai rawatan dan jenis ubatan yang sesuai. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.