
Anonymous
5 tahun
Saya kerap sakit kepala dan bimbang kemungkinan ianya adalah kanser otak
Selamat Pagi doktor. Saya seorang remaja sekolah berumur 15 tahun. Saya kerap mengalami sakit kepala yang teruk di bahagian atas kepala dan belakang kepala. Dan sakit kepala itu sentiasa saya rasa cuma kadang dia kurang kadang dia terlalu sakit. Saya pernah terlalu sakit sehingga pandangan saya menjadi kabur dan saya terjatuh.saya bimbang kemungkinan ini adalah kanser. Boleh doktor terangkan kepada saya bahawa apakah masalah yang dialami oleh saya. Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain
- Jangkitan selaput otak -meningitis
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Pendarahan dalaman otak/ketumbuhan
- Perubahan hormon - seperti Sindrom Pra-menstruasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.