
Sulit
4 tahun
Saya lelaki 20an mengalami sakit di bahagian bawah perut
Saya lelaki 20an mengalami sakit bahagian bawah perut seperti sudden sharp yang sangat ketara selepas bermain futsal tempoh hari. Tiada apa2 bulging atau demam atau pun masalah kesihatan yang lain. Hanya susah untuk berjalan dan melakukan pergerakan.Pernah menjalankan operasi pembedahan appendik 3 tahun lepas.Adakah ini hanya muscle injury atau ada sebab lain doc? Sebab saya perasan ketika bermain futsal saya terlampau agresif memusingkan badan saya untuk menyepak bola sehingga mula sakit di bahagian ini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Jangkitan saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.