
Sulit
4 tahun
Saya lelaki berumur 22 dan setelah melakukn seks dngn gf sya tpi dia masi haid masa 3 hari adakah akan terkena jangkitan hiv dan aids?
Saya lelaki berumur 22 dan setelah melakukn seks dngn gf sya tpi dia masi haid masa 3 hari adakah akan terkena jangkitan hiv dan aids?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jangkitan HIV boleh merebak melalui dua cara iaitu:
- Campuran lendir mukus atau cecair badan seperti lendiran yang dirembeskan pada lubang faraj wanita.
- Campuran darah melalui transfusi darah, pendermaan darah, ataupun menggunakan jarum yang terpakai.
Jika seseorang itu memakai kondom, batang zakar atau lubang faraj boleh dilindungi daripada pendedahan cecair badan yang mengandungi virus tersebut daripada merebak. Oleh itu, penggunaan kondom adalah sangat penting sebagai pencegahan daripada jangkitan STI iaitu Sexual transmitted infections seperti HIV, HPV, Syfilis dan sebagainya.
Mengenai tanda-tanda awal jangkitan HIV, berikut merupakan simptom-simptom awal yang diketahui:
- Sakit kepala
- Demam
- Keletihan
- Kelenjar nodus limfa yang bengkak
- Sakit tekak dan ulser dalam mulut
- Kekuningan pada lidah.
- Ulser pada alat atau kawasan kelamin
- Berpeluh malam dan cirit-birit.
Simptom-simptom yang disenaraikan di atas selalunya akan datang seawal-awal 2 minggu selepas pendedahan pertama, ataupun selepas 1 atau 2 bulan. Kadankala ada sesetengah orang yang menghidap jangkitan HIV ini tidak mengalami apa-apa simptom daripada pendedahan pertama, malah nampak kelihatan sihat.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sejarah pendedahan atas jangkitan HIV atau mempunyai hubungan intim bersama pasangan yang disyaki menghidapi HIV tanpa perlindungan , maka kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah