khir
6 tahun
Saya lelaki umur 40 tahun, ada kencing manis
Saya lelaki umur 40 tahun, ada kencing manis. Tapi saya kawal pemakanan saya, tapi bila check doktor kata still tinggi. Macam mana ni doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kencing manis mempunyai banyak komponen puncanya. Antaranya ialah gaya hidup seperti permakanan yang baik dan bersenam yang penting. Tetapi dengan mengamalkan cara permakanan yang sihat dan bersenam, ia tidak menjamin bahawa seseorang itu tidak akan dapat diabetis.
Ada faktor lain yang penting yang menyumbang kepada dignosa diabetis. Ini termasuklah genetik, obesiti, peningkatan umur, gaya hidup dan etnik. Sebagai contoh, genetic/sejarah keluarga yang kuat untuk diabetis adalah salah satu factor yang sangat penting. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda akan mengalami diabetis kerana salah satu factor sahaja, ia biasanya kombinasi beberapa factor.
Oleh sebab itu, seseorang itu yang mempunyai factor-faktor risiko disarankan untuk memerhati untuk simtom-simtom awal diabetis terutama jika anda mempunyai sejarah keluarga yang kuat atau gaya hidup yang tidak sihat. Antara simtom-simtom kencing manis termasuklah :
1. Rasa dahaga cepat and kerap (polydipsia),
2. Kerap membuang air kecil
3. Penurunan berat badan
4. Keletihan / kelesuan
5. Penglihatan yang kabur
6. Kegatalan di bahagian peribadi (disebabkan oleh jangkitan)
Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam tempoh 4 minggu atau beberapa bulan malah boleh bertahun-tahun pun. Diabetis juga boleh hadir dengan komplikasinya. Komplikasi ini termasuk:
1. Infeksi kulit
2. Kerosakan pada mata di mana ia akan hadir dengan penglihatan yang kurang baik atau dikesan semasa lawatan ke ahli optik. (kerosakan pada saluran darah ke mata)
3. Rasa sensasi cucuk-cucuk atau rasa mati sensasi di kaki (akibat kerosakan saraf). Ini lah sebab encik mengalami masalah rasa kaki cucuk-cucuk. Kurang rasa ini juga boleh menyebabkan luka dan lebam yang tidak diingini berlaku kerana orang itu tidak menyedari luka itu. Selain kebas, kencing manis juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat dan teruk dan ini akhirnya akan membawa kepada jangkitan.
4. Mati pucuk (disebabkan kerosakan pada saraf dan saluran darah)
5. Masalah buah pinggang (pesakit biasanya akan hadir dengan air kencing yang berbuih)
6. Serangan jantung (diabetis meningkatkan risiko serangan jantung)
Sebagai kesimpulan, saya akan mencadangkan anda mendapatkan ujian lanjut dari doktor anda. Hanya sekali ujian dilakukan, diagnose tepat boleh dibuat. Diagnosa awal bermakna rawatan awal dan paling sesuai boleh dimulakan yang akan membuahkan hasil yang lebih baik!
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.



























