
Sulit
5 tahun
Saya lewat period 6hari dah checkup test adalah positif
saya umur 32tahun…sy period lewat 6hari…dan sy dh heck upt hasilnya positif…tarikh akhir sy last period 22/3/2020…sy tidak bersedia untk ada ank lagi disebabkan cuti bersalin sy sudah habis…bolehkan sy makan ubat untuk turunkan darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan. Mengikut kefahaman saya, anda tidak mahu mengandung dan ingin mengambil ubat tersebut bagi mengugurkan janin tersebut. Akan tetapi, ubat turun darah tidak membantu dalam situasi anda.
Untuk makluman pihak tuan, saya tidak boleh menyarankan untuk anda menggugurkan janin tersebut kerana ianya melanggar undang-undang. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.