
Sulit
4 tahun
Saya mangsa cabul oleh sahabat yang saya percaya dan saya mengambil postinor
Hi doc. Saya perempuan dan mangs cabul salah seorang kenalan rapat saya. Pada pagi 16/2 saya telah keluar dengan kenalan rapat lelaki saya yang merupakan kawan baik saya. Dia telah mencabul dan cuba merogol saya. Pada ketika itu dia telah berjaya menggosokkan zakarnya pada faraj saya dan saya dapat rasakan dia telah pancut di sekitar bibir faraj saya. Beberapa kali dia cuba memasukkan zakarnya. Tetapi tidak berjaya dan saya telah menendang kemaluannya sehingga saya berjaya melepaskan diri. Oleh kerana terlalu risau yang melampau, pelbagai carian saya buat di internet dan mendapatu pil postinor dapat mencegah belaku kehamilan. Jadi pada petang 17/2 saya telah membeli postinor 2. Saya mengambil dos pertama kira2 lebih kurang 27jam selepas kejadian tersebut. Dan dos kedua 12ham selepas dos pertama. Kerana saya baca arahan pengambilannya perlu begitu. Saya sangat2 takut mengandung. Emosi saya tertekan beberapa hari ini. Ini merupakan kejadian terburuk dan pertama yang pernah saya alami. Last period saya adalah pada 5/2 dan sepatutnya tarikh next prediction period adalah esok 2/3. Jadi soalan saya, adakah saya masih ada peratus untuk mengadung? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya sangat takut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, kami menasihatkan anda untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis kerana ia dibawah kategoru jenayah. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa tanpa mendapat keadilan yang sewajarnya.
Pil perancang kecemasan berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil pil tersebut, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Untuk mengenalpasti kondisi rahim anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan di rumah dengan cara yang betul, atau merujuk ke doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Walaupun pil ini tidak berbahaya. namun masih mempunyai kesan sampingan yang berdampak pada sesetengah wanita. Selain itu, terlalu kerap memakan pil ini juga dapat mengganggu kitaran haid wanita dan meningkatkan lagi kadar kesan sampingan yang lain.
Antara kesan sampingan pil ini adalah :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual muntah
- Sakit perut
- Pening
- Sakit kepala
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.