
florencecosni
5 tahun
Saya memakan postinor 2 tanpa mengetahui saya hamil
Saya wanita berumur 23tahun telah memakan postinor2, tanpa menyadari saya mengandung. Apakah postinor 2 ini boleh menyebabkan saya keguguran?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat Postinor 2 ketika mengetahui status kehamilan mempunyai risiko yang tinggi untuk keguguran. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gejala seperti pendarahan yang banyak, sakit perut atau demam, maka anda perlu berjumpa dengan doktor segera. Sekiranya tidak, anda boleh menunggu dalam satu minggu untuk membuat ujian kehamilan semula dan jika masih postitif, anda boleh membuat temu janji bersama doktor untuk pengesahan. Sekian.