
Sulit
4 tahun
Saya membuat pregnant test selepas ¾ hari tarikh biasa saya period . Dan hasil daripada test ialah positive
Salam dr. Saya belum bersedia untuk beranak. Saya buat pregnant test dan result positive. Pregnant saya lebih kurang 2/3 minggu . Apakah cara trbaik untuk menggugurkan kandungan ? Adkh dengan memakan pil mifepriston

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengguguran anak.
Untuk makluman anda, menggugurkan anak dengan sengaja tanpa indikasi oleh doktor adalah salah dari segi undang undang Malaysia. Saya sangat tidak mengesyorkan anda untuk mengambil mana mana pil menggugurkan anak kerana kesan sampingan pil tersebut boleh membawa komplikasi yang serius kepada anda, ia juga boleh membawa maut.
Saya cadangkan anda untuk menimbang balik keputusan anda, berbincang dengan pasangan dan keluarga untuk membesarkan anak dalam kandungan. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kandungan anda, sekiranya ada indikasi tertentu, Doktor akan memberi pilihan terbaik untuk anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.