
Sulit
4 tahun
Saya mempunyai dua jenis krim sapu yang pernah saya beli di farmasi.Salah satunya untuk rawatan bisul tetapi saya takbingat mana satu ktim nya
Saya ada 2 krim yang pernah saya beli di farmasi. Tapi saya tak ingat yang mana satu untuk rawatan bisul. krim yang saya ada ialah dermasole dan fobancort. Yang mana satu ya doktor.

5 tahun
Terima kasih,
Pemberian ubat adalah dibawah kelolaan doktor dan anda perlu untuk menjalani pemeriksaan sebelum sesuatu ubat diberikan.
Untuk pengetahuan am anda, Dermasole merupakan krim kortikosteriod dan juga digunakan untuk merawat masalah Psoriasis.
Fobancort pula digunakan untuk merawat sakit berikut:
- Jangkitan kulit
- Dermatitis
- Keradangan kronik
- Luka dijangkiti
- Impetigo
- Tindak balas autoimun
- Jangkitan kulit bakteria
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.