
Sulit
5 tahun
Saya mempunyai masalah kitaran haid
hi doktor, sebelum ni saya memang ada masalah haid tidak teratur sy pernah ambil ubat stop period untuk pulih kan semula kitaran haid sy, setelah beberapa hari ni haid sy berhenti kalau tidak sering datang darah coklat kadang ada kandang takda. tapi skrg sy rasa selesa tak ambil ubat tu lagi kemudian sy takde rasa sakit perut dan dtg haid berpanjangan lagi.
cuma sy nak tnya adakah sy hamil ? sebab baru 3hari lepas sy stop period macam tu sahaja. sy keliru harap doktor boleh beri sy nasihat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kitaran haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.