
Sulit
3 tahun
Saya mempunyai masalah mata iaitu padah mata putih saya dan tidak tahu menahu punca nya daripada mana
Saya berumur 20 tahun, semasa baring mata saya tiba tiba gatal dana saya gosok untuk hanya 2/3 kali sahaja. Selepas itu timbul gelembung pada mata putih saya dan mata saya menjadi merah. Sebelum itu, saya ada mencuci kipas. Tetapi saya tidak tahu apa yang ada di dalam gelembung mata putih saya itu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata merah. Punca mata menjadi merah boleh dibahagikan mengikut kawasan mata yang terlibat. Antara bahagian yang boleh ditemui pada mata termasuklah biji mata (eyeball), kelopak mata (eyelid), sklera (sclera), konjunktiva (conjunctiva), dan kelenjar air mata (lacrimal gland). Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Pendarahan subkonjunktival
- Konjunktivitis (keradangan lapisan konjunktiva)
- Episcleritis (keradangan lapisan episklera)
- Glaukoma akut
- Ulser kornea
- Uveitis
- Alahan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.