
kamarudinmunirah
4 tahun
Saya mempunyai masalah prolonged period (menorraghia). Doktor telah memberikan Provera dan tranexamic acid untuk dimakan dalam masa 21 hari dan berhenti 7 hari dalam 1 pusingan
Saya wanita berusia 29 tahun. Saya telah mendapatkan rawatan mengenai penyakit yang saya hadapi iaitu prolonged period dari Hospital Kerajaan. Doktor telah membekalkan ubat Provera untuk dimakan dalam masa 21 hari dan tidak mengambil Provera dalam masa 7 hari berikutnya. Selain itu, saya juga telah mendapat tranexamic acid.
Soalan saya
- Jika ada pendarahan dalam masa 21 hari, adakah saya perlu memakan tranexamic acid?
- Adakah dalam masa 7 hari itu, saya memang tidak perlu memakan antara kedua ubat tersebut?
- Jika ubat Provera ini bertujuan untuk membetulkan semula kitaran haid, adakah ia akan datang selepas 21 hari?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Tranexamic acid sememangnya merupakan salah satu daripada pilihan rawatan bagi perdarahan yang berlebihan. Walau bagaimanapun untuk mengetahui secara jelas kaedah penggunaan ubat tersebut, anda tetap perlu merujuk kepada doktor anda yang telah mempreskripsikan ubat.
Lazimnya dalam waktu 7 hari tersebut anda perlu menghindari dari memakan ubat pil hormon, agar dapat memberi ruang kepada kitaran haid yang lebih teratur. Walau bagaimanapun setiap wanita mempunyai kadar keberkesanaan yang berbeza.
Seperti yang telah dijelaskan kesan ubat umumnya sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.