
Sulit
5 tahun
Saya mempunyai masalah stress dengan kawan sekerja
Sekarang saya tidak boleh mengawal emosi lagi, kadang-kadang datang perasaan ingin membunuh rakan tersebut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda dinasihatkan untuk segera mengambil cuti dan merujuk kepada doktor atau kaunsellor. Hal ini kerana terdapat kondisi didalam kesihatan mental yang boleh menyebabkan seseorang berasa sukar mengawal stres dan emosi. Perkara ini dapat dibantu dengan pertolongan doktor professional beserta kaunsellor/ahli psikologi. Anda disarankan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terburu-buru terhadap rakan sekerja anda, bahkan segera mengelakkan sebarang konfrontasi dengan cara mengambil cuti serta merujuk pertolongan. Khidmat kesihatan mental tidak terhad kepada masalah kemurungan, gila dan keresahan sahaja bahkan juga meliputi aspek cara menangani stres dan emosi. Khidmat kesihatan mental di Malaysia adalah percuma dan anda amat digalakkan untuk merujuk segera kepada mereka.
Anda boleh melayari laman web ini http://www.myhealth.gov.my/ ataupun laman web ini https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30269?language=my bagi melihat pilihan perkhidmatan yang disediakan dan orang yang anda hubungi. Sekian.