
Sulit
4 tahun
Saya mengalamai sakit kepala setiap malam dan kadang-kadang ia menganggu tidur saya kerana sakit yang teramat dan berdenyut di dalam kepala
Isaya gadis berumur 20 tahun mengalami masalah sakit kepala setiap malam dan saya terpaksa tidur awal. Namun kadangkala sakit kepala itu semakin parah apabila terdapat hari-hari yang saya tidak tahan kerana sakit yang teramat sangat sehingga berdenyut-denyut dan menganggu tidur saya. Saya telah mengambil panadol dalam kuantiti yg banyak namun tidak dapat juga berkesan dengan segera. Sakit ini telah terjadi pada saya sejak tahun 2018 tetapi sekarang semakin sakit sehingga tidak dapat tidur🥺

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala mempunyai pelbagai jenis berdasarkan patologi penyebab. Umumnya, punca sakit kepala boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Antara penyebab sakit kepala primer adalah:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti radang selaput otak (“meningitis”), pendarahan dalaman kepala dan ketumbuhan biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.