
napi.samsuddin
5 tahun
Saya mengalami buasir tahap 1
Saya berada Di German,keadaan buasir yang saya alami kelihatan gelembung bengkak yang tepi dubur Dan gelembung semakin memanjang.pagi ini saya megalami sedikit pitam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah buasir yang anda alami ini memerlukan pengesahan doktor akan tahapnya. Jika anda mengalami gejala lain selain najis berdarah seperti hendak pitam atau sakit perut, maka pemeriksaan lanjut adalah diperlukan bagi menilai tahap darah merah anda serta bagi mengetepikan punca jangkitan kuman. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat temujanji dengan doktor diklinik bagi pemeriksaan lanjut akan isu kesihatan anda. Sekian