
Sulit
4 tahun
Saya mengalami cirit birit dah 4 hari… Apa perlu saya buat…ubat apa saya perlu makan
saya ibu menyusu… Saya mengalami cirit-birit dah 4 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan usus
- Keracunan makanan
- Inflammatory bowel diseases seperti penyakit Crohn dan ulcerative colitis
- Radang appendiks
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Untuk menjawab soalan anda, kami tidak dapat memberitahu ubat apa yang perlu anda makan dan kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan mengenai masalah anda dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan:
- Kelesuan badan
- Najis berdarah
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.