
Sulit
3 tahun
Saya mengalami keliruan terhadap diri sendiri
saya mengalami kekeliruan terhadap personality saya , saya tidak tahu apa yang saya benar benar impikan , saya kadang kadang rasa cringe bila berdua duaan sama ada dengan ibu atau bapa atau kawan kawan , kadang kadang saya oke je bersama mereka , saya juga perasan saya meminati sesama jenis walaupun saya tidak menginginkan perkara itu . kadang kadang saya fikir adakah saya benci diri saya sendiri , tapi saya juga selalu ambil kesempatan dari orang lain untuk kepentingan diri sendiri , dan saya fikir saya seorang yang narcissist , tapi kadang kadang saya lebih mementingkan orang lain (orang yang saya minat / sayang) , adakah perkara itu hanya lakonan tanpa sedar atau itu benar benar diri saya , saya juga sukar mengawal diri dari membuat sesuatu , saya mengatakan jangan tapi hati selalu mengiyakan , saya tidak dapat mengawal diri , saya keliru dengan diri saya , mohon penjelasan doktor

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah mengenai personaliti anda. Anda juga memaklumkan bahawa anda berasa sukar untuk mengawal diri anda dan kadang-kadang anda benci diri anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kelihatan seperti anda mengalami masalah personality disorder yang boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental. Namun, masalah anda juga boleh berlaku akibat gangguan tekanan ataupun kemurungan. Kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lengkap serta pemeriksaan, oleh itu kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar psikiatri supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri