Sulit
3 tahun
Saya mengalami keputihan yang berwarna coklat, bentuk cecair tersebut keluar secara spotting dan saya tidak berkahwin lagi
saya mengalami keputihan berwarna coklat gelap selepas seminggu tempoh haid. Keputihan tersebut dalam bentuk spot. Terdapat 2 spot berada di seluar dalam saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.