
Sulit
4 tahun
Saya mengalami kesukaran bernafas , dada sebelah kanan terasa sakit. tangan sebelah kanan juga terasa kebas
saya berumur 36 tahun , sebulan yang lepas saya mengalami degupan jantung yang laju, kesukaran bernafas , saya ada membuat pemeriksaan ECG, test blood for tiroid, check kolestrol, darah manis , check buah pinggang semua ok, tetapi tekanan darah saya agak tinggi, doktor ada bg makan ubat tekanan darah 10mg. dan saya sudah ok. tetapai 5 hari yang lepas. kesukaran bernafas terjadi lagi seolah2 saya rasa tak puas untuk bernafas , dada sebelah kanan sakit, tangan kanan kebas, adakah sebarang saluran tersumbat ? atau angin dlam badan saya begitu banyak

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, apabila pesakit mengadu tentang masalah sakit dada, ianya boleh merujuk kepada masalah jantung, otot sekitar dada, paru-paru ataupun masalah pada perut. Tetapi, jikalau anda mengalami sakit dada yang beserta dengan gejala kebas di sekitar bahu, leher dan tangan, serta perasaan ingin pitam, ianya boleh merujuk kepada masalah serangan jantung. Anda disarankan untuk ke klinik atau hospital jika anda mengalami simptom-simptom yang saya telah senaraikan.
Namun begitu, disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anda secara fizikal, saya tidak boleh memberikan diagnosis yang lebih tepat.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi