Sulit
5 tahun
Saya mengalami ketidak selesaan pada bahagian perut
Saya remaja perempuan. umur 16 tahun mengalami ketidak selesaan pada bahagian perut atas pusat.sering juga sakit dan tidak selesa pada bahagian kanan bawah pusat.mohon penjelasan.terima kasih,semoga murah rezeki.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit atau tidak selesa di bahagian bawah sebelah kanan perut anda seperti:
- Radang apendiks (appendicitis)
- Keracunan makanan
- Aktiviti perut yang terlalu aktif
- Ovarian torsion
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.






























