
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah jerawat cystic kulit berminyak dan parut berlubang
Salam, saya lelaki berumur 22 tahun saya mengalami jerawat cystic, kulit berminyak dan parut berlubang selama 6 tahun. Adakah saya perlu mengambil accutane atau praventac?..terima kasih dr

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jerawat, ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Salah satu komplikasi masalah ini ialah ia akan menyebabkan parut pada kulit. Sebelum menangani masalah parut, kita perlu mengurangkan pembentukkan jerawat.
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
Untuk menjawab soalan anda, anda boleh menggunakan pelembab yang bukan berasaskan minyak dan sesuai untuk kulit anda. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.