
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah jerawat pada muka dan sy ingin tahu penyelsaiannya sebelum masalah ini semakin serius saya telah 4 tahun mengalami masalah ini dan saya dah cuba pelbagai cara untuk atasi masalah kulit saya
Hi doc umur sy 19 thn sy mengalami masalah muka berjerawat sejak umur sy 15 thn tp masalah jerawat ni dtg blk dan semakin srs kulit sy kadang ii berminyak dan kadang ii kering jerawat mula tumbuh di pipi dan dahi kini rasa gatal dan meninggalkan parut sy dh cuba pakai parduct utk merawat jerawat tp masih tiada apa ii riaksi malah jerawat semakin tumbuh

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu jerawat. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga perlu berhenti mengambil ubat jerawat dan sabun yang anda sedang ambil jika anda yakin produk-produk berkenaan menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih