
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah kurap di bahagian atas perut dan belakang badan. Apakah langkah yg perlu saya ambil untuk mengurangkan kurap
saya remaja perempuan berumur 15 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kurap yang berlaku pada bahagian atas perut dan belakang badan. Namun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini kerana informasi yang anda berikan tidak mencukupi untuk kami bagi mencadangkan rawatan di rumah yang sesuai dengan masalah yang anda perihalkan. Sila berjumpa dengan pakar kulit atau doktor yang berdekatan bagi mendapatkan siasatan visual yang lebih teliti mengenai masalah kurap yang anda hadapi.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.