
Sulit
5 tahun
Saya mengalami masalah Mati pucuk
Doktor nak tanya dimana dapat tempat ubati masalah mati pucuk… boleh bagi location tak…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala mati pucuk ini boleh disebabkan beberapa perkara dan punca kepada masalah ini perlu ditangani dahulu sebelum penggunaan ubat-ubatan. Antara punca-punca kepada gejala mati pucuk ini adalah:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu, penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi
Masalah kalenjar tiroid/pituitari
Masalah saraf atau cakera tulang belakang
Kesan pembedahan pelvis seperti pembedahan hernia
Untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
Amalkan gaya hidup sihat
Kurangkan berat badan
Elakkan merokok
Penggunaan ubat-ubatan - ubat bagi mati memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Lokasi rawatan adalah mana-mana hospital, klinik atau terus hubungi pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.