
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah susah bernafas bila saya marah, saya tk boleh nak kawal kemarahan saya. Saya sllu menngis, saya juga cpt mengigil.. Dh bertindak tidk tentu arah
Saya berumur 17 tahun, saya mengalami depression yg teruk sehingga saya berniat utk bunuh diri… Saya tidak thu apa yg ptut saya buat… Hati saya sellu sakit smpaikn sy tidak boleh tido… Even hal kecik pun sya akn bertindak tidk tentu arah… Sy sering pening kepala dan kadang ii sy mengambil ubat berlebihn dos utk tidur… Saya perlukan seseorg utk mendengar masalah saya… Saya cpt mengigil dan menangis.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda, perasaan ingin mencederakan diri sendiri disertai rasa takut dan suka mengurungkan diri merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan keperibadian atau anti sosial
- gangguan mental organik
- dll.
Buat masa ini, anda telah melakukan langkah awal yang sangat penting, iaitu tidak takut untuk berdepan dan mencari pertolongan. Maka saya ucapkan terima kasih & tahniah kepada anda. Walau bagaimanapun, saya tetap merasakan cik perlu berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi di peringkat awal. Cik juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat yang dipercayai
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- sering keluar rumah dan berjalan-jalan (mengikut SOP semasa)
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.