
Sulit
4 tahun
Saya mengalami mimpi buruk dan susah nak tidur malam, pening kepala, sendawa, telinga berdesing, mata berdenyut
saya wanita 21 tahun, saya rasa gelisah. takut, saya kerja jauh dari rumah, harini saya cuti kerana saya akan fikir saya excident. betul ke simptom ni ada kaitan dengan anxiety atau gastric?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, takut, mimpi buruk dan lain-lain itu merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- tanda-tanda kekurangan rehat atau gangguan tidur
- gangguan depresi atau tekanan
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Antara tips untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti pula termasuk
- berusaha untuk menjaga sleeping hygiene anda sebaiknya
- meminum air madu atau susu hangat sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda khususnya terkait potensi gangguan gastrik, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.