
edmondanakranum
4 tahun
Saya mengalami panas dalaman tetapi secara on and off. Mengalami kembung perut yang menekan dada Dan mengakibatkan sedikit semput
Kembung perut yang menekan dada menyebabkan saya tidak dapat tidur Lena. Apabila terjaga, rasa badan seperti panas tetapi suhu badan tidak Naik. Kembung telah berlarutan sekitar 2 minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
Radang usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.