
Sulit
3 tahun
Saya mengalami penyakit Gerd Gastrik,simpton dia adalah saya merasa pening,sukar bernafas,hilang selera makan,nak pengsan berasa gelisah boleh doktor terangkan sedikit kenapa jadi macam ni?
saya lelaki berusia 21 tahun,mula2 saya mengalami gelaja sesak nafas dan hampir pesan tetapi hilang sekejap,selepas 3,4 hari dia datang balik sampai la sekarang,suatu pagi saya bangun dan sukar bernafas,semasa mandi saya rasa gelisah,takut,
saya pun pergi berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan berdekatan,saya terangkan pada doktor gejala yang saya alami,doktor beritahu,saya mengalami Gerd,doktor beri ubat magnesium silikat dan pil,saya makan ubat ikut ketetapan tapi hilang skejap lpastu datang balik,bila saya amalkan ubat tersebut badan terasa lesu dan hilang selera makan??adakah itu kesan dari ubat tersebut??tolong bantu saya,saya dulu seorang yang sihat tp sakit ini datang selepas saya makan buah2 seperti lemon manggis dan durian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, GERD adalah singkatan untuk gastroesophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya, refluks asid. GERD terjadi kerana sel parietal yang terdapat di dalam perut merembeskan asid terlalu banyak pada suatu masa dan ini dapat menimbulkan gejala atau simptom.
Berikut merupakan antara simptom GERD yang sering dilaporkan oleh pesakit:
- Muntah-muntah
- Loya
- Rasa masam atau sesuatu di tekak
- Pedih ulu hati
- Terbangun secara tiba-tiba pada waktu malam kerana tekak yang tidak selesa atau muntah
- Sakit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen atau sakit dada
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.