
Sulit
3 tahun
Saya mengalami period yang tidak teratur, namun sudah ovulasi tapi masih belum hamil dan juga belum period
Saya sudah berkahwin masuk tahun ke-4. Pada 2 tahun pertama saya dan suami masih belum berhasrat untuk ada anak kerana saya masih belajar. Jadi, kami mengamalkan hubungan secara selamat tanpa mengambil sebarang pil untuk mencegah kehamilan. Namun, pada hujung tahun lepas, kami mula merancang untuk punya anak. Tetapi disebabkan period yang tidak teratur, saya sukar untuk hamil akibat tidak tahu waktu ovulasi. Selama 10 bulan saya baru period 3 kali. Dan pada cycle period terakhir saya berusaha menggunakan OPK (Ovulation Predictor Kit) untuk mengesan waktu subur. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berjaya jumpa waktu subur walaupun agak lewat. Tetapi, kini sudah lebih 2 minggu selepas ovulasi, saya mendapati ujian air kencing untuk mengesan kehamilan menunjukkan keputusan negatif. Dalam masa yang sama saya juga masih belum period. Sedangkan setahu saya, tempoh ovulasi adalah dari 12-16 hari sebelum period yang berikutnya. Boleh doktor bantu saya?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Melalui keterangan yang disampaikan, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan bimbang ia berkaitan dengan masalah kesuburan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadaoi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebakan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah PCOS
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Perkara di atas memang mampu menyumbang kepada masalah kesuburan namun ia dapat diatasi dengan rawatan yang betul.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.