
Sulit
4 tahun
Saya mengalami rasa sakit dibahagian bawah lidah sejak dua hari
Hai,saya perempuan berumur 22 tahun. Sudah dua hari lidah dibahagian kiri saya rasa sakit sehingga menyukarkan untuk saya mengunyah makanan dan menyebut sesuatu sebutan dengan betul. Saya rasa macam lidah saya pendek ketika awal-awal sakit. Adakah saya perlu pergi ke klinik dan saya perlu jumpa doktor biase atau dokto gigi?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa sakit di bawah lidah. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Radang kalenjar - disebabkan penyakit auto-imun
- Terdapat luka / ulser di bahagian bawah lidah
- Formasi batu didalam kelenjar air liur
- Ketumbuhan dalam kelenjar air liur
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor umum dahulu bagi memeriksa keadaan anda.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih