
Sulit
4 tahun
Saya mengalami sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan perlu ke saya buat pemeriksaan di hospital
Saya mengalami Saya mengalami sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan perlu ke saya buat pemeriksaan di hospitalSaya mengalami sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan perlu ke saya buat pemeriksaan di hospital mengalami sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan perlu ke saya buat pemeriksaan di hospital tekak, sakit kepala dan sakit badan perlu ke saya buat pemeriksaan di hospital

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Sakit kepala pula boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk sementara waktu, anda disarankan untuk kuarantinkan diri selama 14 hari jika anda mengalami gejala-gejala COVID-19.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas dan mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.