Sulit
4 tahun
Saya mengalami sesak nafas cirit birit dan cepat berpeluh namun telah saya bimbang sekiranya saya positive yang tiada simptom normal
Saya seorang wanita berumur 20 tahun, saya sedang mengalami sesak nafas, cirit birit dan cepat berpeluh. Saya telah pergi ke hospital untuk check darah dan jantung, doc cakap tiada masalah hanya anxiety attack kerana saya tiada ‘close contact’ dengan mana mana pesakit covid untuk mengesyaki apa apa. Namun saya masih bimbang sekiranya saya positive yang tiada simptom sebab batuk demam dan sebagainya. Apakah langkah langkah yang saya perlu lakukan? Saya masih berasa sukar bernafas untuk beberapa hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda pada waktu ini iaitu kesukaran bernafas untuk beberapa hari, selain cirit birit dan cepat berpeluh. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gangguan perasaan
- kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder)
- kemurungan (depression)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lebih serius, seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
Kesukaran bernafas adalah masalah yang serius dan memerlukan penanganan segera. Justeru, sila dapatkan bantuan daripada doktor sekali lagi secepat mungkin dan jangan biarkan ianya berlarutan.
Anda juga boleh bercakap doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




































